Halaman Utama

KSPK

Maksud 

Kurikulum Standard Prasekolah (KSPK) digubal berdasarkan reka bentuk kurikulum berasaskan standard. berbentuk modular, dan berkisar pada enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Penggubalan KSPK mengambilkira keperluan bagi memastikan kesinambungan antara KSPK dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berlaku. 

Objektif

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut: 
  1. Membina kecergasan badan
  2. Mempunyai tubuh badan yang sihat
  3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
  4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri
  5. Menguasai kemahiran motor halus dan asas moto kasar
  6. Mempunyai kematangan emosi
  7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri
  8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan
  9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain
  10. Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan
  11. Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya
  12. Mengamalkan nilai murni
  13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalm kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
  14. Berkomunikasi menggunakan bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian
  15. Meneroka persekitaran menggunakan kamahiran proses sains asas
  16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah
  17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian
  18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika
  19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

No comments:

Post a Comment

Social Icons

Blogroll

Translate