Contoh RPH


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(Facial Expression)

Pengajaran/Subjek                   : Fizikal dan Estetika
Tema                                       :
Subtema                                  :
Tarikh                                      : 18/09/2012
Hari                                         : Selasa
Masa                                        : 11.10-11.50 (40 minit)
Bilangan Murid                       :  /25 orang
Tajuk/Aktiviti                          : ‘Facial Expression’
Tunjang/Fokus                        : KTI 1.0 Seni Visual
Standard Kandungan              : KTI 1.2 Menzahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya                                                            (Ekspresi Kreatif).
Standard Pembelajaran           : KTI 1.2.9 Menghasilkan bentuk binaan mengikut kreativiti sendiri melalui pelbagai teknik dan bimbingan.
Alat bantu mengajar                : Roti bun, coki-coki, mangkuk, video.
Pengetahuan sedia ada            : Mengetahui perasaan-perasaan biasa yang diluahkan oleh seseorang.
Objektif Pembelajaran            : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
i)        Selepas pembelajaran murid  dapat mengenal dan membezakan ekspresi wajah seperti gembira, sedih, teruja dan sebagainya.
ii)   Meningkatkan kerjasama yang baik dalam kalangan murid.


Langkah/Masa
Isi Kandungan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Abm/ Catatan
Set induksi
(5 minit)
Perbualan
i)        Guru bertanyakan murid tentang ekspresi yang pernah mereka lihat. Contohnya:-
-       Ketika seseorang sedang marah atau bersedih
-       Gembira: ketika mendapat hadiah
i)     Murid menyatakan ekspresi yang mereka tahu seperti marah, sedih dan gembira melalui ekspresi dan mimik muka mereka.


Langkah 1
(10 minit)

Demontrasi

i)        Guru  menunjukkan video “facial expresion” kepada murid yang meliputi gembira, sedih, menangis, teruja, terkejut dan lain-lain.
ii)      Guru menunjukkan cara membut ekspresi muka pada roti bun.
- Contoh: senyum

i)      Murid menonton video yang ditunjukkan oleh guru.
ii)     Murid memberi perhatian kepada arahan dan penerangan yang diberikan oleh guru.

Video, roti bun, coki-coki.


Langkah 2
(20 minit)

Aktiviti

i)        Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan yang mewakili satu ekspresi muka setiap kumpulan.
ii)      Guru memberikan roti bun tidak bercorak dan coki-coki kepada setiap murid.
iii)    Guru memberikan arahan untuk membuat ekspresi roti bun dengan menggunakan coki-coki.

i)     Murid duduk di dalam kumpulan masing-masing.
ii)   Murid mendapat roti bun dan coki-coki bagi setiap seorang
iii) Murid membuat ekspresi pada roti bun masing-masing mengikut kumpulan ekspresi yang mereka wakili.

roti bun, coki-coki dan mangkuk. 


Penutup
(5 minit)

Perbualan  

i)        Guru bertanyakan kembali ekspresi yang telah dipelajari murid pada hari tersebu.

i)     Murid menjawab pertanyaan guru.

     

Refleksi
i)         Murid dapat menyatakan ekspresi yang mereka pelajari pada hari tersebut dengan mudah, malah murid juga turut gembira dalam melakukan aktiviti tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Social Icons

Blogroll

Translate